BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah

Nak tanya: jatuh tak talak sekiranya seorang suami berkata kepada isteri sekiranya isteri keluar dari pintu pagar asrama maka akan jatuh talak sedangkan si isteri tersebut sedang berkursus dan memang memerlukannya utk keluar/masuk dari asrama tu untuk pergi ke kelas


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, perkataan suami: sekiranya isteri keluar dari pintu pagar asrama maka akan jatuh talak, lafaz itu merupakan lafaz cerai secara taklik yang sorih (jelas) maksudnya. Sekiranya isteri keluar dari pintu pagar tersebut maka boleh membawa kepada jatuh talak ke atas isteri. Justeru, perkara ini hendaklah diuruskan di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan dan proses selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 44

message user image