Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.Saya ada membaca bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 memutuskan bahawa hukum pelaburan ASB dan ASN adalah harus Saya ingin mengetahui mengenai hukum pelaburan di ASN Imbang 2 (sebelumnya dikenali sebagai Amanah Saham Gemilang- Didik) serta dividen yang diperolehi darinya berikutan jumlah pelaburan pada bon adalah lebih besar berbanding dana ASN. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah membuat pelaburan ini sejak tahun 2008. Terima kasih.
Rujukan: ASN Imbang 2 ; ASN
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad adalah harus kerana pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencapai sasaran melebihi 75% patuh syariah dalam pelaburan yang dilaksanakan menurut metodologi saringan Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Untuk maklumat lanjut sebaiknya dapatkan pengesahan daripada PNB sendiri berkaitan dana pelaburan mereka.
Sekian, terima kasih