BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Mengenai qada' solat. Saya memang tidak pernah meninggalkan solat semenjak baligh. jika ada pun telah saya qada' kan. Persoalannya saya baru tahu yg jika datang haid, setelah mandi, perlu di qada' kan 2 waktu solat sebelumnya. Ini tidak pernah saya buat. Sekarang saya telah pun putus haid. bagaimana saya nak qada' solat kerana tidak ingat waktu mana saya mandi. lagi satu persoalan, saya pernah terbaca, wajib qada' solat sebelum dibolehkan solat sunat (kecuali solat tertentu yg ada waktunya) dan ada yg menghukumkan sehingga haram melakukannya. Saya telah pun mengamalkan solat2 sunat rawatib, dhuha, tahajjud dan lain2. Jika nak tunggu sehingga saya habis qada'semua yg diwajibkan saya tak tahu bila sebab bilangannya pun saya tidak pasti... umur saya dah hampir 60 tahun...rasa sangat rugi kalau saya tak buat amalan solat sunat itu. Bolehkah saya teruskan amalan sunat tu dan dalam masa yg sama cuba qada' sebanyak mungkin solat yang tidak dibuat selepas mandi wajib itu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya, bagi mereka yang ada meninggalkan solat fardhu maka dia perlu menggantikan solat-solat yang ditinggalkan sebelumnya.

Puan perlu mengqada'kan solat-solat yang telah ditinggalkan dengan cara mengira solat-solat tersebut yang puan ingat. Sekiranya tetap tidak diketahui, maka mohonlah keampunan kepada Allah SWT semoga diampunkan atas kejahilan kita.  

Adapun soalan mengenai hukuman mendahulukan solat sunat berbanding solat qada' maka mendahulukan solat qadha' adalah lebih diutamakan berbanding mengerjakan solat sunat. Ini kerana antara ibadah wajib dan ibadah sunat maka ibadah wajid hendaklah didahulukan. erdapat perincian padanya. Namun, diharuskan bagi mereka melakukan solat sunat bersebab seperti solat sunat dhuha dan tahiyatul masjid dengan disertakan sekali qada solat fardu yang tertinggal tersebut.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 51

message user image