Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya seorang wanita. Saya kadang-kadang suka membaca novel-novel atau buku-buku online yang ada unsur-unsur kedewasaan (18+). Apabila saya sedang membaca saya mendapati saya senang terangsang dan berahi tetapi tidak sampai beronani. Saya dapati keluar cairan putih setiap kali saya selesai membaca dan saya keliru adakah ianya air mani atau air mazi.saya ada membaca ciri-ciri air mani dan air mazi tetapi masih keliru. Soalan saya, adakah air mani juga boleh keluar jikalau saya hanya terangsang tanpa menyentuh diri saya dan tanpa kemuncak syahwat? Adakah saya perlu mandi wajib?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit, keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda bersama isteri dan menciumnya. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Mazi lelaki dan wanita adalah sama, wanita keluar mazi apabila bangkit syahwatnya. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syahwat yang paling rendah (mani adalah air kemuncak syahwat). Mazi mempunyai sifat-sifat air mani seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali Karramallahu Wajhah di mana beliau berkata:
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”
Hukum wajib mandi hadas besar terdapat beberapa tanda yang telah disebutkan oleh para ulama yang menunjukan bahawa ia adalah air mani dan wajib ke atas sesiapa yang ada salah satu daripada tanda-tanda ini untuk mandi wajib, tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanda-tandanya ialah :
Berdasarkan tanda-tanda di atas jika ianya berlaku maka air tersebut dikenali sebagai air mani. Ia tidak berdasarkan kepada warna putih atau tidak air tersebut. Hanya pada kebiasaanya air mani berwarna putih dan mungkin berubah warna atas faktor kesihatan.
Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan, air yang keluar tersebut adalah air mazi di mana ianya keluar daripada rasa bangkit syahwat dan ianya tidak perlu kepada mandi wajib atau mandi hadas besar.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.