BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah

Mahu bertanya, sekiranya kanak kanak kencing di lantai, dan di syaki kaki kanak tersebut terkena sisa air kencing, dan kemudian kanak kanak tersebut berjalan dalam semua rumah

 

1. Adakah saya perlu membasuh keseluruhannya lantai ruamh termasuk carpet dan cadar walaupun tak nampak kesan najis/basah?

 

 

2. Sekiranya perlu, bagaimana caranya? Adakah cukup dengan saya semburkan air?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa. 

Merujuk kepada persoalan puan,

1) Sekiranya sekadar mengesyaki kaki anak terkena sisa air kencing tetapi tidak dapat dipastikan dengan sebenarnya, maka kawasan yang dipijak oleh anak adalah kekal suci.

2) Sekiranya telah dipastikan terdapatnya najis, maka kawasan yang terkena najis perlu dibersihkan terlebih dahulu dan seterusnya dialirkan air mutlak pada tempat yang terkena najis tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image