Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya ada2 pertanyaan
1)saya keluar darah coklat tapi sikit sangat, saya taksolat sebab was was dan ada tanda nk period. persoalannya, adakah saya harus ganti solat sesama keluar darah coklat tadi.
2) saya mandi wajib selesai mandi wajib saya shampoo rambut dan basuh badan guna sabun, adakah mandi wajib saya tadi sah.
mohon pencerahan. terima kasih
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
Jika darah yang keluar tersebut berlaku pada tempoh kebiasaan period dan didatangi dengan tanda-tanda haid, maka ia dikira haid dan solat tidak perlu diganti. Namun, jika darah haid sebenar tidak keluar (dalam tempoh minimum haid 24 jam) dan tidak memenuhi syarat haid, maka tempoh itu dikira sebagai istihadah dan anda perlu mengganti solat yang ditinggalkan.
Penggunaan shampoo dan sabun bukanlah syarat sah dan rukun mandi wajib dan tidak memberikan kesan kepada sah atau tidak mandi wajib seseorang selagi mana mandi wajib tersebut dilakukan mengikut syarat-syarat sah dan rukun mandi wajib.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.