BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan haid. Kebiasaan haid saya adalah 6-7 hari. Sekiranya pada hari ke 8, terdapat warna kekuningan yang sangat pudar, adakah masih dikira darah haid? Untuk makluman, pada petang hari ke 7, telah keluar cecair jernih yang dikira petanda habisnya tempoh haid. 

 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya ada darah yang keluar pada hari yang ke 8 itu juga dikira darah haid. Ini kerana darah tersebut keluar masih dalam lingkungan 15 hari tempoh maksimum haid. Disamping itu, jika darah yang keluar adalah berwarna kekuningan, hukumnya adalah sama dengan darah merah atau coklat. Ia juga dianggap sebagai darah haid, maka dilarang daripada mendirikan solat dan berpuasa pada masa itu. Oleh yang demikian, sekiranya selepas hari ke 8 tidak keluar lagi darah, maka hendaklah mandi wajib dan solat dengan anggapan haid telah berhenti kerana kita tidak tahu apakah darah akan datang lagi atau tidak dan tidak boleh menunggu hingga hari ke 15. Jika datang pula darah selepas itu tetapi masih dalam lingkungan di bawah 15 hari maka haidnya masih belum habis.

 

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image