BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan..

Saya ada soalan mengenai pembahagian harta pusaka mengikut faraid

 

Contoh situasi :

 

Mak meninggal dunia meninggalkan duit cash dan barang kemas perhiasan 916 berat 350g.

 

*Segala urusan seperti Badal Haji, Fidiah puasa & wakaf untuk arwah telah diuruskan mengguna duit cash*

 

(Nilai semasa emas 916 RM397 segram x 350g)

Jumlah keseluruhan RM138, 950

 

Waris yang ada untuk agihan Faraid:

 

1. Nenek (ibu mak)

2. Suami

3. Anak Lelaki 

4. Anak Perempuan 1

5. Anak Perempuan 2

6. Anak Perempuan 3

 

Nota: semasa masih hidup, Mak ada beritahu secara lisan sahaja semua barang kemas agih kepada anak perempuan 3 orang serta hadiah kepada seorang menantu perempuan tetapi serahan fizikal tidak dibuat dan tiada pindah milik semasa hayat mak masih ada.

 

Boleh tuan tolong kirakan, Kami nak tahu jumlah agihan secara Faraid yang sepatutnya diterima untuk setiap waris sebelum ada yang secara sukarela lepaskan Hak utk diberikan waris yang ada sebelum kami mengikut cakap lisan Mak semasa masih hidup.

 

Terima kasih.. harap persoalan saya terjawab


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara umumnya, pembahagian harta secara lisan oleh si mati dianggap sebagai wasiat, namun begitu wasiat kepada ahli waris adalah tidak sah. Sehubungan dengan itu, hasrat si ibu itu boleh dianggap sebagai nasihat yang tidak wajib diikuti tetapi boleh dijadikan sebagai panduan semata-mata. Para waris boleh melepaskan haknya sekiranya mereka telah mengetahui bahagian dan jumlah yang akan diterima selepas pembahagian dilaksanakan, akan tetapi ia mestilah dilakukan secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Adapun berkenaan pengiraan pembahagian harta tersebut, berdasarkan penerangan di atas, hubungan si mati dengan ahli waris boleh diklasifikasikan sebagaimana berikut:

  1. Ibu:
    Menerima 1/6 bahagian kerana si mati mempunyai anak.

  2. Suami:
    Menerima 1/4 bahagian kerana si mati mempunyai anak.

  3. Anak-anak: (Asobah)
    Baki selepas bahagian ibu dan suami diagihkan kepada anak-anak dengan nisbah 2:1 untuk anak lelaki dan anak perempuan.

    - Anak lelaki = 2 bahagian.
    - Setiap anak perempuan = 1 bahagian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 55

message user image