BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan berkenaan wuduk. Apakah hukum melakukan niat wuduk menggunakan niat solat?

 

Sebagai contoh saya mengambil wuduk, lalu saya berniat ' sahaja aku solat fardu zohor kerana Allah taala' didalam hati.

 

Apakah hukum nya? Perlukah saya qodo solat saya yang terdahulu. 

 

Mohon penerangan dari pada pihak tuan/puan berkenaan isu ini

 

Sekian, terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

1. Perlu difahami berniat dan membaca niat adalah dua perkara yang berbeza. Berniat wuduk (iaitu lintasan di dalam hati) adalah rukun wuduk, manakala membaca niat wuduk (iaitu menyebut lafaz niat secara lisan) adalah sunat bukanlah rukun. Imam al-Nawawi berkata;

النية الواجبة في الوضوء هي النية بالقلب ولا يجب اللفظ باللسان معها: ولا يجزئ وحده وان جمعها فهو آكد وأفضل هكذا قاله الأصحاب واتفقوا عليه

Maksudnya: “Niat yang wajib ketika berwuduk ialah niat di dalam hati. Tidak wajib melafazkan niat dengan lisan dan tidak sah jika hanya melafazkan niat sahaja. Oleh itu, apabila digabungkan niat dalam hati dengan lafaznya secara lisan maka itu lebih kuat dan afdal. Hal ini sepertimana yang disepakati ulama mazhab Syafi‘i.” (al-Majmuk Syarh al-Muhazzab: 1/316)

2. Sekiranya tuan berniat wuduk, maka sah wuduk tuan walaupun tuan melafazkan niat solat kerana rukun wuduk sudah lengkap. Imam al-Nawawi mengatakan; 

 لو قال بلسانه: نويت التبرد ونوى بقلبه رفع الحدث أو بالعكس فالاعتبار بما في القلب بلا خلاف

Maksudnya: Jika dia berkata dengan lidahnya: Saya berniat untuk menyejukkan badan, dan dia berniat dalam hatinya untuk mengangkat hadas, maka apa yang ada di dalam hati diambil kira, tanpa khilaf. (al-Majmuk Syarh al-Muhazzab: 1/317).

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak sah wuduk jika tidak disertai dengan niat wuduk. Walau bagaimanapun, solat-solat terdahulu tidak perlu diganti bagi seseorang yang meninggalkan mana-mana syarat atau rukunnya kerana kejahilan dan ianya dimaafkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image