BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Nak tanya kenapa terdapat setengah majid ada kalimah Allah dan Muhmmad di letak di depan masjid tempat kita sujud seolah2 kita sujud kat dua-dua. Sepatutnya kita sujud kat Allah saja bukan Nabi Muhammad.  Satu lagi kemusykilan size kedua dua kalimah sama besar size sedangkan Allah Maha Besar . Size kalimah Allah sepatutnya lebih besar dari kalimah Muhammad. Minta ustaz perjelaskan berkenaan khat yang diletakan di masjid tersebut. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kalimah Allah SWT dan Nabi Muhammad tujuannya diletakkan di Masjid sebagai tanda pengagunggan umat Islam kepada Allah SWT bukanlah untuk tujuan menyembah kalimah tersebut. Hal ini kerana Allah SWT itu tidak bertempat zatNya. Justeru, tidak ada kemusykilan yang berlaku jika seorang muslim itu memahami konsep bahawa Allah SWT itu tidak bertempat dan tidak berarah. Kalimah itu juga boleh membantu umat Islam agar merasai keagungan Allah SWT dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW di dalam masjid sekaligus dapat memberi sepenuh perhatian atau khusyuk di dalam solat.

Berkaitan dengan saiz tulisan antara kalimah Allah SWT dan Nabi Muhammad adalah kembali kepada hukum harus dalam penetapannya selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syariat. Hal ini kerana pengagunggan dan rasa hormat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad itu berkait dengan akidah dan iktikad dalam hati bukan dikira dengan kebesaran saiz sesuatu kalimah itu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 48

message user image