BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

apa hukum sekiranya kita tidak sertu kunci yang kena air kencing anjing... sewaktu ingin membuka pintu kedai..kunci tersebut ade air kencing anjing..kemudian kunci itu hanya di basuh guna air paip sahaja.. tidak sertu... semasa kawan saya basuh kunci itu .die menggunakan sarung tangan... selepas dicuci dengan air paip..saya peggang kunci itu tanpa lapik.. PERLUKAH SAYA SERTU TANGAN SAYA?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya kunci yang diyakini terkena najis anjing dan hanya sekadar dibasuh dengan air paip tetapi tidak di sertu, maka kunci tersebut telah pun bersih daripada ain najis tersebut  bersih tetapi tidak suci. Sehubungan itu, ia tidak menajiskan tempat-tempat lain dan tangan yang telah memegang kunci tersebut tidak perlu disertu. Adalah disarankan kunci tersebut disertu bagi memastikan ianya suci daripada najis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image