BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Soalan saya... Bolehkah mahar/mas kahwin ditukarkan daripada wang ringgit kepada seutas gelang yang nilainya sama atau lebih dadri mas kahwin yang telah ditetapkan.?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Mas kahwin adalah satu kewajipan yang dikenakan terhadap suami atas sebab berlakunya akad perkahwinan. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Nisa' ayat ke-4::

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً 

Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib

Di samping itu, di dalam kitab Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa mas kahwin di dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-Sadaq iaitu harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah. Ia dinamakan sadaq untuk menunjukkan bahawa lelaki tersebbut benar-benar ingin berkahwin.

Maka dalam hal ini, mas kahwin di dalam bentuk seutas gelang adalah dibenarkan kerana ia disyaratkan mestilah merupakan sesuatu harta yang bernilai yang diberikan kepada isteri. Namun begitu, pemberian mas kahwin dalam bentuk seutas gelang mestilah menyamai kadar uruf emas di setiap negeri misalnya di negeri Selangor yang menetapkan kadar uruf emas adalah sebanyak RM300 sekurang-kurangnya. Oleh itu sah pemberian seutas gelang sebagai mas kahwin sekiranya ia menyamai kadar uruf emas di negeri tersebut atau lebih daripada kadarnya.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 62

message user image