Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Pertanyaan saya adalah :
1) Setelah ambil wudhu baru saya teringat saya lupa istinja' selepas buang air kecil. Jadi saya terus beristinja'. Sah kah wudhu saya? Atau, saya perlu ambil wudhu lagi sekali?
Jawapan
Maksudnya: "Disunnahkan untuk beristinja' (membersihkan najis) sebelum berwuduk. Jika seseorang berwuduk terlebih dahulu kemudian beristinja', wuduknya tetap sah. Namun, jika dia bertayammum terlebih dahulu lalu beristinja', tayammumnya tidak sah."
Ibn al-Qas di dalam al-Talkhis pula mengatakan;
Maksudnya: "Dan sekiranya seseorang itu buang air besar atau buang air kecil, setelah itu bertayammum atau berwuduk, kemudian (baru) beristinja', harus (perbuatan itu) selagi dia tidak menyentuh kemaluan. (namun) berkaitan tayammum (istinja' selepas bertayammum), terdapat qaul lain, iaitulah tidak sah (tidak memadai tayammum sebelum istinja' tersebut)."
Merujuk kepada persoalan tuan, sah wuduk tersebut sekiranya berinstinja' selepas berwuduk tanpa menyentuh kemaluan. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga dalam menyucikan hadas, istinja' sebaiknya sebelum berwuduk.