Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah sertu perlu berturut-turut, cthnya pukul 8 sertu dengan basuhan tanah, pastu makan dulu 8.15 baru sambung basuhan kedua sampai ketujuh? terima kasih tuan
Soalan ke 2
Adakah hukum selipar yang memijak lantai kesan lumpur bekas tapak kaki anjing yang sudah di mop tanpa disertu ditempat kerja, adakah selipar itu menjadi najis dan kena sertu? Adakah tempat yang dipijak oleh selipar itu dalam keadaan basah akan turut menjadi najis yang perlu disertu?
Mohon jelaskan tuan ...Terima kash
Jawapan
Kaedah fiqh menyatakan,
Maksudnya: "Keyakinan tidak hilang dengan keraguan"
1. Di dalam syarak, tidak ada dinyatakan had tempoh antara satu basuhan dengan satu basuhan ketika sertu. ANtara satu basuhan dengan satu basuhan juga boleh diselang dengan perbuatan lain seperti makan dan minum. Jika tuan yakin telah memulakan sertu dengan betul, maka masa tidak membatalkan proses tersebut.
2. Pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Selagi mana 'ain najis tidak jelas dengan nyata pada selipar tuan, maka tidak perlu sertu. Adapun sekiranya tuan yakin terdapatnya najis anjing tersebut, maka perlu disucikan dengan cara disertu tempat yang terkena najis. Memijak tanah kesan tapak kaki anjing tidak menjadikan selipar kita menjadi najis dan tidak perlu disertu..
Sekian. Terima kasih