Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya telah menerima tawaran kerja di Batam, Indonesi dengan kenaikan gaji 130% dari gaji sekarang. Saya mempunyai 1 ister dan 5 orang anak berumur dari 10 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun, 1 tahun dan menetap di Rawang, Selangor. Saya bercadang untuk pergi bekerja di Batam dan akan pulang melawat keluarga di rawang seminggu sekali dari hari jumaat hingg ahad. Dari segi kewangan saya rasa tiada masalah, tetapi saya amat risau tentang emosi isteri dan anak2 saya yang sedang membesar. adakah betul keputusan saya jika saya pergi bekerja di Batam atau adakah saya perlu menjaga emosi dan perasaan isteri dan anak2 saya dan saya mencari alternatif kewangan yang lain di Malaysia. Saya buntu. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Dari sudut syarak, selagi suami dapat menunaikan nafkah dengan baik, tidak menjadi masalah untuk bekerja di tempat jauh. Namun, nafkah bukan hanya bersifat material. Kasih sayang, kehadiran fizikal, dan didikan anak juga termasuk dalam nafkah yang perlu diberi perhatian. Ingin dijelaskan bahawa dalam kehidupan bekeluarga, suami dan isteri perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk mendapat kesepakatan dalam sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor sama ada dari sudut ekonomi, penjagaan dan pendidikan anak-anak serta emosi keluarga terutamanya isteri. Islam amat menggalakkan syura kerana hikmahnya amat besar.
Dalam membuat penilaian terhadap situasi yang berlaku, bolehlah menjadikan kaedah yang ditetapkan oleh para ulamak untuk dijadikan asas pertimbangan iaitu:
Maksudnya: Jika maslahat dan mafsadah bertembung, maka didahulukan yang lebih kuat kesannya.
Berdasarkan situasi yang disebutkan di dalam soalan berikut adalah maslahat atau kebaikan yang bakal diperolehi sekiranya bekerja di Batam
Berikut pula adalah mafsadah atau Keburukan yang dijangka akan berlaku sekiranya bekerja di Batam
Jika kemudaratan lebih besar daripada manfaat, maka keputusan itu perlu dielakkan atau diubah suai. Namun sekiranya semua kemudharatan dapat di atasi maka situasinya akan berubah berdasarkan tindakan yang diambil. Ini hanyalah panduan umum dalam membuat penilaian terhadap situasi yang dihadapi.
Di samping itu, boleh juga memohon petunjuk daripada Allah SWT dengan menunaikan solat istikharah. InshaAllah, semoga segala urusan akan dipermudahkan. Walau bagaimanapun, sesuatu keputusan yang diambil perlulah ditimbangteliti dari pelbagai aspek yang telah dinyatakan di atas agar berhasil mencapai kata sepakat yang terbaik.
Sekian, terima kasih.