BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan tentang barang perhiasan ( emas ) ..

baru2 ini saya ditimpa musibah ( sakit) saya membuat gadaian barang emas saya untuk buat perubatan saya .. dan barang itu saya baru sahaja selesai tebus semua..

bagaimanakah perkiraan zakat ? adakah saya perlu buat bayaran zakat jika barang digadai ? berapa lamakah tempoh setelah saya tebus barang kemas itu untuk saya bayar zakat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, emas yang dicagarkan wajib dikenakan zakat oleh pemilik emas (pencagar), walaupun emas tersebut tidak berada di dalam simpanannya, sebaliknya berada di dalam simpanan orang yang memberi hutang. 

Bagi pengamalan bayaran zakat di negeri Selangor, emas dan wang simpanan dikategorikan sebagai jenis harta yang sama dan perlu digabungkan di dalam menentukan kadar nisab yang dimiliki. Sekiranya nilai emas yang dicagarkan digabungkan dengan wang simpanan lain mencapai nisab dan cukup haul (setahun dalam simpanan), maka wajib dikenakan zakat ke atasnya. Namun jika nilai emas tersebut digabungkan dengan emas lain dan wang simpanan yang dimiliki tidak mencukupi nisab, maka tidak diwajibkan zakat ke atasnya. 

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut serta pengiraan zakat yang tepat sila rujuk kepada kaunter Lembaga Zakat Selangor yang berdekatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image