BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan. Saya dari Negara Brunei Darussalam, di sini saya ada 2 persoalan yang ingin mendapatkan hukum dan fatwa mengenainya iaitu: 

1. Bagaimanakah prosedur hukum-hakam masjid lama di Selangor? termasuklah segala bekas tapak masjidnya, peralatan-peralatannya dan penggunaan masjid lama tersebut? 

2. Bagaimana untuk mengatasi penyakit was-was ketika mandi wajib dan ketika berwudhu? adakah betul, orang yang was-was di makruhkan menjadi imam solat? 

Syukran Jazilan kepada pihak Jabatan Mufti Selangor. Salam Silaturrahim daripada saya Dr. Muhammad Akmal dari Negara Brunei Darussalam. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Soalan 1: Di negeri Selangor, tapak masjid lama yang masih utuh bangunannya ataupun telah roboh masih dikategorikan sebagai tanah wakaf masjid selama-lamanya, kecuali terdapat istibdal iaitu penggantian tanah wakaf sedia ada dengan tanah lain sebagai tanah wakaf yang baharu, maka tanah sedia ada akan hilang status wakafnya dan boleh digunakan bagi apa-apa tujuan lain. Peralatan lama yang boleh dijual hendaklah dijual dan hasilnya hendaklah digunakan untuk membeli peralatan wakaf yang baharu. 

Di samping itu, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyarankan agar mengekalkan status Masjid Lama sebagai Masjid untuk kegunaan solat 5 waktu sahaja bukan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, bangunan ini hendaklah dijaga kehormatannya dan kesuciannya supaya mereka yang berhadas besar dan berjunub tidak berada di tempat tersebut.

Soalan 2: Panduan dalam menangani was-was dalam perkara Ibadah https://www.muftiselangor.gov.my/2024/11/19/76-taudhih-al-hukmi-panduan-menangani-was-was-dalam-perkara-ibadah/

Was-was dianggap sebagai suatu penyakit yang jika tidak ditangini dengan baik boleh menjejaskan kehidupan seharian seseorang.  
Cara menangani was-was antaranya adalah dengan: 
1. Memperkemaskan pengetahuan dengan mempelajari tatacara ibadah yang sahih. 
2. Tidak melayan perasaan was-was tersebut. 
3. Bersabar dan terus melawan was-was dalam diri. 
4. Memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Di samping itu, orang yang was-was menjadi imam solat adalah makruh hukumnya. Hal ini disebutkan oleh Syaikh Abu Bakar Syatha dalam kitab I’anatut Thalibin berikut;

(وكره أيضا اقتداء بموسوس) هو الذي يقدر ما لم يكن كائنا ثم يحكم بحصوله من غير دليل ظاهر، كأن يتوهم وقوع نجاسة بثوبه ثم يحكم بوجودها من غير ذلك، وإنما كره الاقتداء خلفه لأنه يشك في أفعال نفسه. وسئل ابن حجر عن الاقتداء بالموسوس هل يصح أم لا؟ وعن الفرق بين الوسوسة والشك؟ (فأجاب) بأن الصلاة خلفه صحيحة إلا أنها مكروهة، لأنه يشك في أفعال نفسه

Maksudnya: Dimakruhkan juga bermakmum pada orang yang waswas. Orang waswas adalah orang yang mengira sesuatu yang tidak ada menjadi ada tanpa adanya bukti yang jelas. Seperti menduga adanya najis pada bajunya, kemudian dia meyakini adanya najis tersebut tanpa ada bukti yang jelas. Kemakruhan bermakmum di belakang orang yang waswas ini adalah karena dia ragu terhadap perbuatan dirinya sendiri. Imam Ibnu Hajar pernah ditanya tentang hukum bermakmum pada orang yang waswas, apakah sah atau tidak? Juga ditanya tentang perbedaan antara waswas dan syak. Kemudian beliau menjawab bahwa shalat di belakang orang yang waswas adalah sah namun hal tersebut dimakruhkan. Hal ini karena orang yang waswas ragu terhadap perbuatan dirinya sendiri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 75

message user image