BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya baru sahaja melahirkan anak pada 9 Okt 2024. Pada 10 Oct 2024 darah nifas keluar banyak sehingga penuh satu katil hospital. Selepas itu darah hanya keluar sedikit shja berwarna coklat berterusan hingga hari ke 38 (15 Nov 2024. Pada 15 Nov 2024 saya telah dapatkan suntikan untuk halangan mengandung  (depo) di klinik desa atas saranan doc kerana saya bersalin czer. Selepas mendapatkan suntikan tersebut (hari ke 39 iaitu 16 Nov 2024) darah sudah tiada dan ada keputihan sehingga hari ke 44 (21 Nov 2024). Pada 22 Nov 2024 sehingga 5 Dec 2024 (hari ke 45-58 - 14 hari) saya mengalami seperti darah haid - kuantiti seperti haid biasa. Namun pada hari ke 59-60 (6-7 Nov 2024), tiada darah yang keluar. Kemudian pada hari ke 61 (8 Nov 2024) sehingga sekarang, darah berwarna coklat atau merah lembut masih keluar.

 

Ringkasan:-

9/10/24 - bersalin czer

10/10/24 - tumpah darah yang banyak pada 3 pagi dan selepas itu darah hanya berwarna coklat

10/10/24 - 15/11/24 - darah yang keluar hanya berwarna coklat dan kuantiti sedikit

15/11/24 - cucuk depo untuk perancangan kehamilan

16-21/11/24 - keluar keputihan 

22/11/24 - 5/12/24 - keluar darah seperti darah haid selama 14 hari (kuantiti banyak dan sederhana seperti kitaran haid)

6-7/11/24 - tiada darah yang keluar

8/11/24 sehingga kini - keluar darah berwarna coklat dan merah lembut dengan kuantiti yang sedikit.

 

**Mohon penjelasan untuk situasi saya ini. Apakah status darah berkenaan. Adakah darah nifas atau darah haid atau darah istihadah? Perlukah saya menggantikan solat atau bila perlu saya mulakan solat serta cara untuk menunaikan solat jika darah istihadah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, tempoh nifas paling panjang adalah 60 hari. Merujuk kepada penjelasan puan di atas dan melalui panggilan telefon, berikut diringkaskan jawapan seperti berikut:

9/10/2024 - Tarikh bersalin secara czer

10/10/2024 hingga 15/11/2024 - Selama 36 hari darah keluar berwarna coklat dan kuantiti sedikit dianggap sebagai darah nifas.

16/11/2024 hingga 21/11/2024 - selama 6 hari berlaku keputihan atau tiada darah.

22/11/2024 hingga 4/12/2024 - Selama 14 hari darah datang kembali dengan sifat darah yang kuat iaitu merah hitam. Dianggap darah nifas kerana masih dalam tempoh nifas. 

Dapat dilihat di sini tempoh nifas puan adalah bermula 10/10/2024 hingga 4/12/2024 iaitu selama 56 hari. Adapun tempoh 6 hari yang tiada darah tersebut, pada tanggapan awal darah nifas telah berhenti dan puan perlu mandi wajib serta menunaikan solat seperti biasa. Namun apabila darah kembali datang dalam tempoh maksimum nifas, ia juga turut dianggap dalam tempoh nifas.

6/12/2024 dan 7/12/2024 - (hari ke 57 dan 58 tempoh maksimum nifas). Dua hari kosong tiada darah yang pada asalnya kita menganggap darah nifas telah berhenti sepenuhnya kerana telah menghampiri tempoh maksimum nifas 60 hari.

8/12/2024  hingga 9/1/2025 - 32 hari datang semula darah warna merah lembut dan coklat dalam kuantiti yang sedikit merupakan darah istihadhah atau dalam tempoh suci sehingga datangnya darah yang lebih kuat untuk dianggap sebagai darah haid. Maka, dalam tempoh suci atau istihadhah ini, puan hendaklah solat seperti biasa dan boleh menunaikan ibadah lain seperti orang yang bukan dalam haid. Jika ada solat yang ditinggalkan dalam tempoh ini, maka hendaklah di qada’ semula solat tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image