BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammu alaikom Ust

Saya nak tanya mengenai puasa.

Begini Ust, saya dalam keadaan uzur di mana buang air besar dan kecil tidak dapat rasa dan kawal sebab ada saraf telah di buang kerana ada kanser melekat di tulang tongkeng yang dibuang juga. Untuk buang air besar saya perlu korek dan buang air kecil saya perlu masukan tiub sehingga ke pundi kencing (CIC) untuk keluarkan setiap 4 jam. Oleh itu macamana tentang puasa saya nanti?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Didoakan semoga tuan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan tuan. Realiti kesihatan yang tuan hadapi adalah sangat mencabar dan memerlukan perhatian khusus dari segi kesihatan dan keagamaan. Dalam keadaan seperti yang tuan hadapi, jika proses buang air besar dan kecil memerlukan bantuan luar seperti menggunakan tiub atau prosedur lain ke dalam pundi kencing, perbuatan ini menyebabkan puasa menjadi batal.

Puasa dalam Islam memerlukan seseorang itu menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, antaranya memasukkan sesuatu dalam qubul, dubur dan rongga badan.

Sekiranya perkara ini berlaku pada setiap masa dan tidak dapat dielakkan maka tuan hendaklah menggantikan puasa yang batal tersebut dengan cara membayar fidyah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 37

message user image