Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz ustazah yg d mulia kn. Saya nk bertanya mcm mne saya nk bersolat sdgkn saya x tahu saya suci dri najis atau tidak.. saya seorg pesakit bedridden x bleh brgerak.. x d jaga.. cuma smnggu skli akan ade yg dtg tlg lap2 bhagian bwh bdn.. berak kencing msih pkai pmpers.. susah nk jelas kn.. saya nk bersolat tp saya x yakim suci sbb saya 24jam d tmpt sama
Boleh bantu saya dgn smua ni.. saya nk taw hukum nya pesakit mcm saya ni
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa antara syarat sah dan wajib solat adalah:
Merujuk kepada soalan yang diajukan, pesakit yang terlantar dan tidak berkeupayaan mengurus diri perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain untuk tujuan membersihkan diri dan berwuduk termasuklah membersihkan tempat beribadah. Ini kerana bagi melaksanakan ibadah, tubuh badan dan tempat solat perlulah bersih daripada sebarang najis. Sekiranya pesakit memakai pampers, maka ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwuduk dan menunaikan solat. Justeru, dalam keadaan pesakit yang tidak berupaya untuk mengurus dirinya, maka hendaklah memohon bantuan mana-mana pihak untuk membersihkan diri dan tempat yang hendak didirikan solat.
Walau bagaimanapun, sekiranya tiada sesiapa yang dapat membantu atau menjaga kebajikannya, maka pesakit bolehlah solat terlebih dahulu sebagai menghormati waktu. Setelah dibersihkan nanti, barulah diganti semula solat tersebut.