Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz nk tanya kalau masa puasa air hujan yg renyai masuk mulut sedikit perlu ludah atau boleh telan kerana terlalu sedikit titik titik. Dan baki ludahan pada bibir.perlu lap.atau biar kerana tak membatalkan puasa
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, semua perbuatan membatalkan yang terjadi tanpa sengaja adalah tidak membatalkan. Sepertimana air hujan yang yang masuk ke dalam mulut, maka dia perlu mengeluarkan air hujan tersebut. Jika dengan sengaja dia menelan air hujan tersebut, maka batal puasanya. Adapun, sekiranya air liur telah keluar dari mulutnya kemudian dia memasukkannya semula melalui lidahnya atau selain lidahnya lalu dia menelannya maka ini membatalkan puasa.