BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum., 

saya bekerja di sebuah syarikat milik orang cina. Sebuah syarikat menjual aksesori wanita. tetapi saya tidak pasti adakah perniagaan tersebut bercampur dengan perkara yg subhah atau haram seperti urus niaga emas, atau sebagainya. dan juga adakah gaji saya halal ? apakah status pekerjaan saya jika syarikat tersebut menyumbangkan kepada persatuan penganut amitbha atau agama buddha mereka kerana majikan merupaka ahli aktif persatuan tersebut. adakah secara tidak langsung hasil pekerjaan saya menyumbangkan kepada pembangunan agama lain? 

saya sangat memohon penjelasan, terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Keraguan terhadap sesuatu perkara dikira sebagai syubhah. Walaupun begitu, syubhah tidaklah dihukumkan halal mahupun haram secara mutlak. Ia adalah perkara yang diragui statusnya sama ada halal atau haram. 

Bagi menjawab soalan yang diajukan:

- Gaji pekerjaan yang diterima adalah halal. Ini kerana tiada bukti yang menunjukkan sumber kewangan perniagaan tersebut daripada perkara yang haram. Hal ini berdasarkan kaedah "asal sesuatu perkara adalah harus sehingga ada bukti yang menunjukkan keharamannya". Kecuali setelah mengetahui dengan jelas sumber perniagaan tersebut bercampur dengan sesuatu yang haram, barulah boleh dihukumkan sumber pendapatan itu daripada hasil yang haram.

- Majikan yang menyumbang kepada persatuan agama lain tidak menunjukkan syarikat itu bertujuan untuk membantu agama lain. Ini kerana terdapat kebarangkalian sumbangan itu adalah atas kapasiti peribadi majikan bukan pula syarikat melainakan terbukti sebaliknya iaitu syarikat tersebut ditubuhkan memang untuk membantu mengembangkan agama selain Islam, maka pada waktu itu carilah pekerjaan halal lain. Oleh itu, harus untuk bekerja di syarikat perniagaan tersebut selagi urusniaganya adalah halal dan melibatkan perkara yang diharuskan dalam syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image