Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz
Saya ada penyakit kencing tak lawas. Saya tidak melakukan cara seperti yabg diajar oleh ustaz Azhar Idrus. Selepas kencing saya biasanya mengambil masa yang lama di dalam tandas. Saya membersihkan sisa kencing yang berada di kemaluan saya sehingga saya yakin yang tiada lagi air kencing. Jika saya ada merasa basah di bahagian kemaluan saya selepas keluar daripada tandas saya tidak menghiraukannya kerana saya meyakinkan diri saya yang air yang keluar itu hanyalah air basuhan yang suci yang masih basah di bahagian kemaluan saya maka, selepas keluar daripada tandas saya terus berwuduk dan laksanakan solat. Jadi pertanyaan saya ustaz, adakah memadai keyakinan saya atau tidak memadai. Jika tidak memadai adakah saya perlu mengganti solat-solat saya?
Terima kasih ustaz
Jawapan
Merujuk kepada permasalahan yang diajukan, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci. Manakala najis itu sifat atau keadaan yang mendatang, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan, dan bukan ragu-ragu. Oleh itu, memadai dengan keyakinan setelah membasuh dengan bersih segala najis setelah kencing. Maka apa yang berlaku selepas itu adalah kesan daripada proses penyucian daripada najis. Perasaan tidak yakin atas sesuatu itu merupakan penyakit was-was pada diri anda yang perlu dielakkan dan dijauhi bagi menggelakkan permasalahan yang lebih berat kepada diri anda pada masa akan datang. Perasaan was-was itu adalah gangguan dari syaitan. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik kerana ianya penyakit yang berkaitan dengan penyakit hati.
Namun, jika sekiranya memang mempunyai penyakit kencing tak lawas dan air kencing sentiasa keluar, maka pada ketika itu ia mesti dibersihkan mengikut tatacara yang sepatutnya. Para fuqaha’ meletakkan hukum bagi mereka yang terkena penyakit kencing tidak lawas (سَلِسِ الْبَوْل) ini sama hukumnya dengan perempuan istihadhah (keluar darah). Mereka juga telah meletakkan beberapa garis panduan bagi golongan ini seperti berikut:
Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dijauhi dari penyakit was-was ini.
Sekian, terima kasih.