BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Sebagai imam semasa rakaat pertama rukuk dan sujud, lupa duduk antara 2 sujud dan terus berdiri sempurna dan makmum baru kata subhanallah, bolih kah imam turun balik, atau apa perlu dilakukan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام رحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, duduk di antara dua sujud merupakan rukun fi'li dan solat akan terbatal sekiranya meninggalkan rukun tersebuit. Dalam situasi yang dinyatakan,  imam hendaklah duduk semula apabila menerima teguran makmum seterusnya menyempurnakan rukun-rukun solat yang lain sehingga selesai solat. Sebelum memberi salam pada rakaat terakhir, disunatkan bagi imam dan makmum untuk melakukan sujud sahwi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image