BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz, saya ingat bertanya. Jika pasangan suami isteri bergaduh, dan dalam pergaduhan itu, si suami sangat sangat marah dan ungkapkan ayat 

“Aku tunggu kau bersalin je ni, sekarang mengandung talak tak sah"

Maksud si suami, selepas isteri bersalin, dia akan talakkan isteri. Adakah waktu isteri selesai je bersalin, walau si suami tidak ungkapkan talak, adakah talak tetap akan jatuh?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam situasi seperti ini, ayat : “Aku tunggu kau bersalin je ni, sekarang mengandung talak tak sah", ayat ini bukanlah lafaz talak secara soreh. Namun, ia boleh jadi talak secara kinayah kerana suami berhasrat untuk talak sebaik sahaja isteri bersalin. Ayat tersebut mengkhabarkan tentang hasrat suami kepada isterinya untuk menceraikan isterinya selepas bersalin, walaubagaimanapun tiada lafaz talak yang diucapkan. Adapun, perkara ini sebaiknya dirujuk terus kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk tindakan selanjutnya agar perkara ini dapat diselesaikan melalui keputusan mahkamah. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa mengesahkan sesuatu perceraian. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 49

message user image