BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya merupakan seorang isteri dan mempunyai 2 orang anak serta sedang mengandung anak ketiga. Persoalan ringkas saya adalah, adakah jatuh talak jika suami melafazkan seperti "keluar dari rumah ini"? saya menjadi musykil namun ayat dihalau ini dilafazkan ketika suami dalam keadaan marah akibat pergaduhan antara kami.

 

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, ayat suami "keluar dari rumah ini"?, adalah ayat berbentuk arahan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan marah akibat pergaduhan suami isteri. Namun, ayat tersebut juga boleh membawa kepada talak secara kinayah (kiasan). Justeru, jika suami niatkan cerai semasa melafazkan ayat tersebut maka boleh menyebabkan talak jatuh ke atas isteri. Sekiranya tiada niat cerai, maka talak tidak berlaku.  Walau bagaimanapun, perkara ini hendaklah dikemukakan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image