BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Bolehkah seorang suami menceraikan isterinya dengan talaq 3 dihadapan mahkamah syariah. Memandangkan mereka suami isteri telah lama tidak tinggal sebumbung dalam masa itu, suaminya ingin melakukan proses untuk berkahwin dan membina hidup baru bersama pasangan baharu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 45, seorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan perceraian kepada Mahkamah dan setelah Mahkamah berpuas hati, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talak di hadapan Mahkamah. Lazimnya, Mahkamah akan menasihati suami untuk melafazkan talak 1, namun sekiranya suami ingkar dan melafazkan talak 3, maka ia akan dikira sebagai menghina Mahkamah. Walau bagaimanapun, talak yang disebut tetap dikira. Bilangan talak sama ada 1 atau 3 akan ditentukan oleh pihak Mahkamah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 44

message user image