BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Sah atau tidak jika wali perempuan ayah kandung pengantin lelaki dan wali sah pengantin perempuan bermaksud ayah pengantin lelaki dan ayah pengantin perempuan adik beradik kandung. .


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Susunan wali nasab perkahwinan adalah seperti berikut;

  1. Bapa
  2. Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas
  3. Saudara lelaki seibu sebapa
  4. Saudara lelaki sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa
  6. Anak saudara lelaki sebapa
  7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
  8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah
  9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  11. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu)
  12. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)
  13. Anak lelaki sepupu seibu sebapa ke bawah
  14. Anak lelaki sepupu ke bawah
  15. Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara)
  16. Bapa saudara bapa selelah bapa sebapa (datuk saudara)
  17. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa
  18. Anak lelaki datuk saudara sebapa
  19. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah
  20. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara ke bawah
  21. Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara)
  22. Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara)
  23. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa
  24. Anak lelaki moyang saudara sebapa
  25. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa
  26. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa adalah sah menjadi walinya. Namun, keutamaan itu perlu dilihat mengikut susunan wali seperti di atas terlebih dahulu. 

Rujukan link Fatwa Susunan Wali Nasab Perkahwinan : https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-susunan-wali-nasab-perkahwinan/

Sila rujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah terdekat sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam pentadbiran serta pengurusan pernikahan serta penceraian umat Islam untuk mendapat penjelasan serta pengesahan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 52

message user image