BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan pekerjaan saya. Saya berkerja di syarikat yang menyediakan sokongan sistem untuk syarikat F&B, antaranya adalah KFC dan Pizza Hut. Soalan saya, adakah pekerjaan ini dikira sebagai menyokong produk yang diboikot, dan adakan benar segelintir orang mengatakan pendapatan saya tidak berkat? Mohon penjelasan atas kekeliruan ini, ada saya perlu menukar pekerjaan serta menta.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus (yakni dibenarkan atau halal) selagi mana tiada nas (dalil atau bukti) yang mengharamkannya. Prinsip ini dikenali sebagai "Asal kepada segala sesuatu adalah Harus" (الأصل في الأشياء الإباحة). Sehubungan itu. dalam konteks pekerjaan saudari, proses kerja tersebut lebih kepada bersifat teknikal yang mana ia hanya melibatkan sokongan kepada operasi sistem dan infrastruktur yang tidak secara langsung "mempromosikan" atau "menyokong" produk mereka dari segi pemasaran ataupuan penjualan.

Walau bagaimanapun, umat Islam hendaklah melakukan boikot dengan penuh hikmah dan memastikan maklumat diperolehi benar dan mematuhi etika yang digariskan oleh Islam supaya tidak berlaku kezaliman terhadap syarikat yang sebenarnya tidak menyokong penindasan dan keganasan Israel ke atas Palestin. 

Perlu ditegaskan juga bahawa  sememangnya kempen boikot adalah antara senjata yang berkesan untuk melemahkan musuh Islam, namun ia mestilah dilakukan dengan penuh ilmu dan kebijaksanaan serta mematuhi etika yang digariskan Islam.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image