BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya satu platform belajar 'Bedaie' ini saya sebagai orang awam boleh ikut belajar ke ? 

Bedaie ini adalah satu platform belajar yang ditubuhkan oleh Ustaz Amar Mirza pada tahun 2020.

Saya harap ustaz dapat bantu demi kepercayaan anak-anak muda

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan.

Setakat ini tiada maklumat yang terperinci dan tiada kajian terperinci yang dijalankan terhadap platform pembelajaran Bedaie. Secara umumnya, mana-mana platform atau produk pembelajaran yang menepati hukum syarak dan berpegang dengan pemahaman Ahli Sunnah Waljamaah adalah diharuskan dan dibenarkan mengambil manfaat daripadanya. Dalam isu ini, boleh juga rujuk dengan para asatizah yang bertauliah bagi mendapatkan penjelasan lanjut atau menghubungi pihak penyedia platform untuk memastikan semua tenaga pengajarnya adalah mereka yang berkelayakan untuk mengajar agama.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 53

message user image