BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

As salam ustaz. Saya ada lagi satu pertanyaan. Semasa bertengkar dengan suami, suami ada cakap 'kalu tau mcm ni baik x yah kawin' adakah jatuh talak ustaz? Saya ada bertanya pada suami ada kah niat nyer utk bpisah. Tapi dia kata tidak. Harap ustaz dpt membantu. Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perkataan “kalo tau mcm ni, baik tak payah kahwin” tidak dikategorikan sebagai lafaz talak. Maka talak tidak jatuh. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 890

message user image