Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustazah saya ingin bertanya. 2 minggu selepas saya mandi wajib. Ada sedikit darah yang keluar drpd kemaluan saya yg bercampur dengan keputihan. Saya ingatkan haid, kemudian selepas 4 hari. Tiada darah yg keluar dan bersih jadi saya mandi wajib. Kemudian keesokan harinya, ada sedikit darah yg keluar namun selepas 3 hari ada sedikit darah + keputihan yg keluar. Selepas 2 hari darah berhenti dan bersih. Namun saya memakai pad kerana keraguan. Kemudian hari ini saya melihat ada kekuningan pada pad saya. Adakah ianya dikira sebagai darah haid? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa tempoh minimum suci bagi wanita adalah 15 hari.
Dinyatakan "2 minggu selepas mandi wajib" ia bermaksud 14 hari setelah suci dari haid "ada sedikit darah", maka darah pada hari ke-14 tersebut dikira darah istihadah kerana belum mencapai tempoh minimum suci bagi seorang wanita. Kemudian pada hari berikutnya, baru dikira sebagai haid sehinggalah hari yang keluar warna kekuningan. Namun dalam tempoh haid tersebut, terdapat beberapa hari yang didapati tidak keluarnya darah, maka ia dikira sebagai tempoh naqa' yang tetap dikategorikan dalam tempoh waktu haid.