Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz,sebelum ini saya selalu tanya pada ustaz ini tetapi dia sudah meninggal..sy kemalangan motosikal dan tangan belah kiri saya patah dan terus disimen. Tidak boleh kena air..Jadi soalan saya ..cara untuk sembahyang dan mengambil air sembahyang..saya pun sudah beli pasir tayamum..tetapi tak faham caranya..adakah saya perlu diganti balik Pada waktu sihat walaupun sy sudah sembahyang waktu disimen.. doktor kata dengan faktor umur saya memasuki 48 tahun dan menopaus.... doktor kata tangan saya elok 3 bulan dan tengok juga keadaannya..
Lagi satu saya nak tanya ?.. boleh kah cari untuk saya belajar agama dari mula..saya dengar dekat Perkim tabung haji ada pun untuk mualaf . saya tak mampu bayar yuran belajar . walaupun saya lahir dari..jarang saya buat amalan yang Allah suruh kan..minta bagi lokasi dan no telefon untuk saya belajar agama Islam dari awal... sudah berusia tapi masih lalai.. bantulah saya ingin berubah kearah kebaikan dan terima kasih
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
1) Tatacara berwudhuk bagi situasi yang diterangkan:
1. Mulakan wuduk seperti biasa dengan membasuh muka terlebih dahulu yang diiringi dengan niat membolehkan solat.
2. Basuh tangan kanan seperti biasa.
3. Basuh tangan kiri pada bahagian yang tidak bersimen dengan air.
4. Sapu dengan menggunakan sedikit air pada bahagian bersimen.
5. Menyapu kepala dengan air dan sempurnakan wuduk seperti biasa.
Boleh rujuk tatacara berwudhuk terbitan JAKIM seperti di pautan berikut:
https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf
2) Solat yang telah ditunaikan semasa tangan bersimen tidak perlu diganti semula setelah sembuh.
3) Boleh sahaja mengikuti kelas-kelas pengajian berkitab di masjid-masjid atau surau berdekatan. Ini kerana, kelas pengajian di masjid atau surau kebiasaannya tidak dikenakan sebarang bayaran. Boleh rujuk kepada masjid terdekat untuk lihat jadual pengajian.
Sekian, terima kasih.