BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam saya ada bernazar untuk bersedekah kepada rumah anak yatim beberapa kali untuk tahun ini atas beberap kejadian tertentu. Dan saya sudah melaksanakan nazar ini. Saya ingin bertanya hukum sekiranya sewaktu claim LHDN nanti, sy masukkan jumlah tersebut. Menandangkan sumbangan tersebut adalah ke rumah anak yatim di bawah JKM. Adakah dibolehkan ataupun tidak? Terima kasih. Memandangkan zakat pun boleh claim LHDN. Bagaimana pula dengan nazar ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Nazar ialah seseorang mewajibkan diri untuk melakukan kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia mesti ditunaikan setelah apa yang dihajati telah tercapai. Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 34: 

 وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Maksudnya: Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

Menurut persoalan, nazar yang dilakukan tidak terikat kepada sesuatu perkara yang khusus iaitu nama tempat atau tempoh masa. Dalam situasi ini perkara yang dinazarkan adalah sah dan diterima disisi syara’ kerana nazar tersebut telah terlaksana melalui penyaluran duit ke rumah anak yatim walaupun melalui claim LHDN (rebat). 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image