BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam sejahtera, saya merupakan seorang yang beragama Kristian. Saya menpunyai adik perempuan mualaf yang sudah berkahwin.

Adakah ianya haram/salah untuk adik saya menerima sekiranya saya ingin menghadiahkan barangan / wang tunai hasil daripada kemenangan judi / loteri?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Salam sejahtera,

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan :

Secara umumnya seseorang Islam adalah dilarang terlibat dengan apa-apa perkara yang ada kaitannya dengan judi atau dengan sengaja menerima hasil daripada perbuatan judi. Ini adalah kerana judi merupakan suatu perkara yang amat dilarang dalam Islam dan hasil pendapatan daripadanya juga adalah haram untuk digunakan. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".

Untuk itu, niat saudara untuk memberikan hadiah kepada adik adalah suatu niat yang baik dan terpuji, namun adalah lebih baik jika hadiah tersebut dari sumber yang halal menurut pandangan agama adik iaitu Islam. Ini bukan sahaja menjaga keberkatan dalam kehidupan adik saudara, tetapi juga menunjukkan penghormatan kepada kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image