BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum: saya ada soalan. Sya ni duda kematian isteri.. sya ada 2 orang anak d bawah jagaan bekas ipar2 saya.. persoalanNya. Sya ni kerja d perantauan. diorang tiap kali bawak anak2 saya berjalan d waktu cuti sekola tanpa atas izin saya.. dan 1 lagi.. klu saya minta anak sya utk bawak kekampung halaman sya.. dorg tidak bagi.. apa perlu saya buat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab pertanyaan tuan, langkah yang terbaik adalah dengan mengadakan perbincangan antara tuan dan ipar-ipar tuan tersebut, agar ada penyelarasan dan persepakatan antara pihak-pihak. Tindakan ini penting bagi memastikan tiada salah faham atau tindakan yang tidak meraikan hak pihak-pihak terutama bapa kepada anak-anak tersebut. Tuan boleh juga merujuk kepada mana-mana pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi menjadi orang tengah atau rujukan dalam perbincangan tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image