BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ialah seorng ibu tunggl Dan punya 2 orang anak.saya ingin bercadang berkahwin semula dengan pasangan baru.iatu Duda( tiada ank)soalannya.sekiranya pihak lelaki mmberi hantran kahwin.adakah duit hantran itu boleh di gunakan untuk majlis nikah nanti?Dan adakah pihak ibu bapa perempuan ada Hak untuk memegang duit hantran Dari pihak lelaki?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan bahawa terlebih dahulu bahawa merujuk kepada Fatwa Hukum Penetapan Kadar Mas Kahwin bagi Negeri Selangor yang diwartakan pada 4 Februari 2010 adalah "Menetapkan had minima kadar nilai mas kahwin sebanyak RM300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai mas kahwin".

Berdasarkan fatwa ini, wang hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki adalah dikira sebagai mas kahwin dan perlu diserahkan kepada pasangannya iaitu isteri. Sehubungan itu, sekiranya wang tersebut hendak diguna bagi tujuan tertentu misalnya majlis nikah, maka ia perlu mendapat keizinan daripada isteri terlebih dahulu. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 44

message user image