Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, boleh ke saya meninggalkan review yang jujur mengenai syarikat yang pernah saya bekerja walaupun ia menunjukkan keburukan syarikat tersebut? Tujuan saya ingin memberikan review yang jujur kerana saya ingin memaklumkan kepada pelanggan dan orang yang ingin mencari kerja mengenai kebenaran yang berlaku di syarikat tersebut.
Terima kasih.
Jawapan
Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 33:
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.
Dalam sebuah hadith yang sahih, Riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Bukhari)
Adalah dinasihatkan, review yang dilakukan secara jujur itu disampaikan dengan nada bahasa yang berhemah dan sopan. Islam tidak menghalang teguran yang membina selagi ia dilakukan dengan penuh adab tanpa menggunakan bahasa yang jelik atau kurang sopan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih