Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya Syukri dari Jitra Kedah dan kink menetap di Klang Selangor. Baru-baru ni saya ada ke thailand dengan rakan-rakan sepejabat. Sesampai kami di sana, travel agensi ada bawa ke kedai money changer untuk tukar duit. Seingat saya, hanya rm400 sahaja yang saja bagi ke pekerja tersebut. Tetapi bila dah dapat duit and tengok resit dia tulis situ rm500 yang saya nak convert ke baht. Saya pon bertanya kepada rakan-rakan dan majoriti berpendapat yang saya silap bukan rm400 diberi tetapi memang rm500. Jadinya saya pon jadi berbelah bagi mana satu betul and sekarang saya lebih kuat berpegang kepada pekerja tersebut yang salah bagi. Duit lebihan masih ada pada saya rm100=759 baht (nilai semasa pertukaran pada hari kejadian). Bagaimana ye dengan masalah saya tersebut? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, Tuan hendaklah merujuk kepada resit asal semasa transaksi pertukaran wang berlaku. Hal ini kerana kebiasaan perniagaan pertukaran wang akan menggunakan mesin yang akan dikira secara automatik duit yang diberi oleh pelanggan untuk urusan pertukaran wang. Jika telah dipastikan oleh peniaga yang menguruskan transaksi semasa kejadian, hendaklah diyakini nilai tersebut seperti tertera dalam resit pertukaran.
Adapun begitu, jika tuan masih ragu, duit tersebut hendaklah diserahkan kepada pemiliknya.
Sekian. Terima kasih.