BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Tuan Mufti, apakah hukum membeli voucher yang dijual dalam shopee dengan harga 1 sen. Voucher tersebut ada voucher potongan harga RM 8 dengan minimum pembelian RM 12. Adakah ini dikira sebagai riba? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab kepada persoalan ini, hukum membeli voucher untuk mendapatkan potongan harga adalah diharuskan dan bukan riba. Perkara ini adalah termasuk dalam urusan muamalat sesama manusia yang diharuskan oleh syarak. Hal ini bertetapan dengan kaedah fiqh:

الأَصْلُ فِي المعَامَلَاتِ الإِبَاحَة

Maksudnya: Hukum asal dalam muamalat ialah harus.

Dalam isu ini juga, sekiranya pelanggan telah memenuhi syarat untuk mendapatkan voucher tersebut, maka shoppe perlu memenuhi syaratnya untuk memberikan voucher. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Kathir bin 'Amr bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:

الْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tirmizi)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 53

message user image