BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang status jual beli sesuatu barang. Apakah hukum penjualan barangan atau isi di dalam Blind Box dimana dalam kotak itu telah pun dibuka dan diketahui isi kandungannya.

Contoh, pembeli A menganggar berat dan bunyi isi kandungan Blind Box dan membeli kotak tersebut, setelah membeli dan membukanya pembeli A mendapati isi kandungan adalah mainan no. 3 seperti yg dianggarkan ATAU tidak dianggarkan.

Apakah hukum menjual mainan no. 3 tersebut kepada pembeli kedua setelah mengetahui isi kandungannya?  Dan apakah status hasil daripada penjualan tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara syarat dalam jual beli adalah konsep suka sama suka atau saling meredhai antara pembeli dan penjual. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ‎

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Merujuk kepada persoalan, transaksi jualan yang pertama iaitu antara penjual dan pembeli pertama telah salong meredhai antara oleh pembeli untuk membeli barangan tersebut walaupun ia merupakan blind box iaitu tidak mengetahui apakah bentuk barangan tersebut. Pembeli redha dengan pembelian tersebut apabila telah membuat bayaran walaupun sekadar menganggar isi barangan tersebut.

Manakala transaksi jualan kedua iaitu antara pembeli pertama (yang telah membeli barangan blind box dan telah membukanya). Kemudian beliau menjual barangan tersebut kepada pihak ketiga (pembeli kedua). Pembeli ketiga tidak mengetahui asal barangan jualan itu dan berkehendak untuk membeli barangan tersebut menandakan keredhaannya dalam transaksi tersebut.

Kesimpulan yang boleh disimpulkan adalah menjual barangan dari Blind Box yang telah dibuka dan isi kandungannya diketahui adalah dibenarkan dan hasil jualannya adalah halal..Manakala hukum asal membeli Blind Box boleh menjadi harus jika ketidakpastian kecil, pembeli reda, dan ia tidak membawa kepada kemudaratan dan perselisihan.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 61

message user image