BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada dah berapa kali dah hantar soalan berkenaan dengan solat tarawih. Tapi tak diterima agaknya. Sebab biasanya saya tanya, saya akan dapat no. soalan. Tapi saya tak dapat, agaknya mufti sibuk kot. Saya fikir macam tu.

Saya ada tanya AI (ChatGPT) soalan yang sama. Soalan tu sama macam yang saya nak tanya kepada mufti.

Pertanyaannya, boleh ke saya bergantung kepada jawapan AI macam ChatGPT 100%?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Pandangan hukum yang diakses melalui AI tidak dapat disahkan ketepatannya. Adalah lebih baik agar merujuk kepada para asatizah, atau sumber rujukan yang betul bagi memastikan jawapan yang diberikan adalah benar dari segi syarak. Selain mengajukan soalan, tuan juga boleh layari Sistem Soal Jawab Agama Taudhih Al-Ahkam dan membuat carian berkaitan soalan hukum hakam yang ingin diketahui, soalan dan jawapan yang diberikan merangkumi soalan akidah, ibadah, munakahat, jenayah, muamalat, mahupun soalan umum. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image