BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.Saya seorang isteri ingin bertanyakan soalan apakah hukum sekiranya suami saya mengatakan perut saya buncit seperti perut ibunya dengan niat bergurau?adakah telah berlaku zihar?suami saya tidak mempunyai ilmu tentang zihar dan melafazkan tanpa mengetahui hukum zihar.Apakah yang harus kami suami isteri lakukan?terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, zihar bermaksud perkataan suami yang menyamakan isteri atau mana-mana anggota fizikal isteri dengan mana-mana perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya seperti ibu atau anak perempuan, beserta niat zihar atau membawa niat zihar iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri. Memandangkan suami semasa menyatakan ucapan perut buncit isteri seperti buncitnya perut ibunya dengan tanpa niat zihar, dan suami tidak mengetahui hukum zihar, maka tidak dihukumkan zihar ke atasnya. 

Dalam isu ini, perbuatan zihar hendaklah dilihat dari segi niat dan cara perkataan itu dilafazkan. Imam Syafie menjelaskan bahawa sekiranya seorang suami berkata sesuatu yang mirip dengan zihar akan tetapi niatnya mulia seperti atas dasar kecantikan atau menyifatkan isterinya seperti ibunya pada saiz, bentuk atau sifat-sifat lain, maka ia tidak dikira sebagai zihar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 48

message user image