BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

....‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Saya ada seorang penerima pencen bulanan dan tiada punca pundapatan lain, hasil simpanan dalam akaun peribadi saya pun juga dari hasil pencen tersebut itu jugak. Perlukah saya membayar zakat untuk kedua-dua sekali atau hanya salah satu iaitu samada zakat pendapatan atau zakat simpanan? Kalau kedua-duanya sekali gus saya rasa tidak adil dan membebankan sebab saya terpaksa membayar zakat dua kali pada wang yang sama. Sekian, terima kasih. Wallahua'lam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Tuan hanya perlu membayar sama ada zakat pendapatan atau zakat simpanan, bergantung kepada keadaan wang tersebut. Jika pencen bulanan yang diterima digunakan untuk perbelanjaan asas dan jumlah terkumpul tidak mencukupi nisab (nilai 85 gram emas semasa), maka hanya zakat pendapatan sebanyak 2.5% dikenakan pada pendapatan bersih tersebut. Namun, jika sebahagian pencen itu disimpan dan baki simpanan mencapai nisab serta kekal selama setahun (haul), maka hanya zakat simpanan 2.5% dikenakan ke atas jumlah simpanan tersebut. Prinsipnya adalah wang yang sama tidak dikenakan zakat dua kali. Oleh itu, nilai semula kedudukan kewangan tuan dan pilih kategori zakat yang sesuai tanpa berlaku pengulangan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image