BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.Saya mohon pencerahan berkaitan perkara dibawah.

1.Saya ada menanam pokok bunga raya berbaris dan meletakkan net hitam sebagai penghadang dengan rumah mentua saya sehingga sekarang.Baru baru ini telah diketahui rumah yg saya duduki ( rumah pusaka) bahagian yg saya tanam bunga raya dan letak penghadang itu,serta 1/4 bahagian dapur telah melebihi sempadan keluarga mertua.Tanah tersebut telah diberi hak pada adik perempuan suami saya.Apakah saya perlu membayar atau tindakan sewajarnya.Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Dalam hal ini, dinasihatkan agar puan bawa berbincang secara baik dengan adik ipar yang memiliki hak ke atas tanah tersebut serta menjelaskan situasi dan menawarkan penyelesaian seperti menyewa, membeli bahagian tanah, atau memindahkan pokok dan penghadang ke dalam sempadan tanah milik puan. Namun perlu dipastikan bahawa segala persetujuan dicatat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham pada masa akan datang. Jika perbincangan tidak mendapat kata putus secara bersama, maka adalah lebih baik puan merujuk Pejabat Tanah atau pihak berkuasa berkaitan untuk penyelesaian yang lebih tuntas.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image