BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, 

Saya ingin bertanya tentang tempoh iddah bagi wanita yang bercerai secara talak rajie selepas bersalin. Bagaimana pengiraan 3 kali suci? 
adakah mandi wajib selepas habis nifas sebelum bercerai itu dikira 1 kali suci? Dan untuk 2 kali suci harus menunggu kitaran haid seterusnya sebanyak 2 kali. dengan keadaan saya menyusukan anak menyebabkan saya masih belum datang haid walaupun selepas habis nifas. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa talak yang berlaku selepas bersalin atau dalam keadaan isteri nifas dikategorikan sebagai talak bid'i. Hukumnya adalah haram dan berdosa. Walaupun haram menceraikan isteri ketika dalam keadaan nifas, namun menurut kebanyakan ulama, talak tersebut adalah sah. Talak bid'i ini diharamkan kerana ia memberi kemudaratan kepada isteri disebabkan panjangnya tempoh ‘iddah

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya seorang wanita diceraikan semasa dalam keadaan nifas, maka wanita tersebut hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. Ia bermakna, ‘iddah tamat apabila datang haid selepas sempurna tiga kali suci.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image