BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Ustaz/Ustazah, Saya ingin bertanyakan tentang fidyah. Saya telah meninggalkan puasa dari tahun 2019 begitu juga dengan puasa tahun-tahun berikutnya sehingga lah ke hari ini puasa tersebut masih lagi belum diganti dan belum dibayar fidyah. Saya keliru dan tertanya tanya adakah saya perlu menggadakan puasa dan fidyah tersebut? Saya harap ustaz/ustazah dapat memberikan penerangan tentang soalan tersebut. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, puasa Ramadhan merupakan puasa yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf, jadi, ia mestilah diganti (qada’ puasa) jika meninggalkannya dengan sengaja. Merujuk kepada persoalan, puan hendaklah mengganti puasan dan membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan dari tahun 2019 hingga kini. Kiraan ganti puasa mestilah dikira berapa hari ditinggalkan setiap tahun. Sebagai contoh: 30 hari x 6 tahun (2019-2024) = 180 hari jumlah puasa yang perlu diqada’kan. 

Manakala kiraan fidyah, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor Bil. 1/2001 telah memutuskan terdapat dua kaedah bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan.Berikut contoh cara pengiraan fidyah:

1) Kiraan dengan gandaan

Tahun 2019 (6 tahun x 30 hari x RM2 = 360)

Tahun 2020 (5 tahun x 30 hari x RM2 = 300)

Tahun 2021 (4 tahun x 30 hari x RM2 = RM240)

Tahun 2022 (3 tahun x 30 hari x RM2 = RM180)

Tahun 2023 (2 tahun x 30 hari x RM2) = RM120

Tahun 2024 (1 tahun x 30 hari x RM2 = RM60

Jumlah bayaran fidyah = RM1,260

2) Kiraan tanpa gandaan

Jumlahkan bilangan hari yang ditinggalkan puasa dari tahun 2019 hingga 2024 

30 hari x 6 tahun = 180 hari 

180 hari x RM2 = RM360 jumlah bayaran fidyah

Jadi, secara rumusan, puan hendaklah menggaqa’kan puasa dengan jumlah hari yang dtinggalkan (180 hari) dan perlu membuat bayaran fidyah mengikut pilihan di atas sama ada hendak membayar mengikut kiraan dengan gandaan atau tanpa gandaan. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 65

message user image