Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ust . Suami saya sdh lama dlm keadaan trganggu . Dia diganggu dgn suara yg sering brbisik2 kpdnya seperti mnghasut melakukan perkara yg bukan2 dan merosakkn kehidupannya . Diancam seandainya tidak ikut sperti yg disuruh wlaupun sdh ckup bertahan . Smpaikn 1tahap dia beli racun utk diminum disbbkn tidak tahan mnghdapi semua gangguan yg mnganggu dia . Tetiba 1mlm ni dia lafaz talak 3 disbbkn dgn bisikan yg memaksa dia agar kami brpisah demi mnyelamatkn ank kami drp dirosakkn masa depannya ( bisikan yg dia dgr ) wlaupun hakikatnya dia tidak mau brpisah tetapi dipksa dgn bisikan yg mnganggu dia . Persoalan saya , adakah talak 3 tersebut sah sdgkn suami trpksa melakukannya ? Suami sdh lama diganggu dan selalu mngadu mngenai gangguan yg dia hadapi smpaikn kerja semua tidak betul
Jawapan
Lafaz talak yang sorih (jelas) dan sempurna ayatnya, apabila dilafazkan oleh suami kepada isterinya, walaupun tanpa niat atau dalam keadaan marah yang tidak menghilangkan kewarasan atau dalam keadaan dipaksa secara ghair tam (tidak sempurna) yang tidak menyebabkan bahaya terhadap nyawa atau kehilangan angggota badan suami, maka lafaz tersebut boleh menyebabkan talak jatuh.
Walau bagaimanapun, di dalam menentukan sama ada paksaan dari suara yang berbisik kepada suami puan itu adalah paksaan yang tam (sempurna) yang mungkin menyebabkan talak tidak berlaku atau sebaliknya adalah merupakan bidang kuasa pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57.
Sekian, terima kasih.