BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

As salam Tuan/Puan,

Saya ada persoalan berkaitan kandungan & mengandung. Saya mempunyai 3 orang anak dan tidak merancang untuk anak yang ke-4. Saya & isteri membuat family planning dan ditakdirkan Allah, isteri saya mengandung (anggaran 6 minggu). 

Jadi, bolehkah saya & berdosakah sy jika berdoa pada Allah untuk tidak meneruskan kandungan sekarang ini? Adakah ini mendatangkan murka Allah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Anak adalah hadiah dan amanah Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang berstatus suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Boleh dikatakan setiap pasangan suami isteri ingin memiliki cahayamata hasil daripada perkahwinan mereka. Hal ini kerana melalui kelahiran cahaya mata ia akan menambah erat kasih sayang antara suami isteri. Setiap anak yang dilahirkan juga membawa makna rezeki yang baik untuk manusia. Ibu bapa tidak perlu risau dengan kelahiran anak yang baharu kerana telah ditakdir Allah SWT serta pasti ada hikmah yang terbaik kenapa Allah SWT takdirkan perkara tersebut. Adalah lebih baik tuan berdoa agar Allah SWT mengurniakan kebaikan dan rahmat yang melimpah ruah dengan berlakunya perkara tersebut daripada berdoa agar kandungan itu tidak diteruskan, kerana dikhuatiri ia akan membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image