BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asslamualaikum ,maaf saya nak tanya .suami saya ada lafaz taklik seperti saya tidak boleh meletakkan apa apa rakaman speaker atau cctv secara sorok untuk spy suami .dan saya ada pernah sengaja check sosial media suami seperti instagram & tiktok .pertanyaan saya ,adakah dia di namakan spy juga ?sebab bila saya cakap dengan suami dia sendiri tidak tahu ,dia minta tanya yang lagi tahu .boleh minta jelaskan tak sama ada jatuh talak atau tidak .terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, lafaz taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya perlanggaran terhadap apa yang disyaratkan itu.Taklik juga bermaksud menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya : “Kalau kau letak apa-apa rakaman atau cctv secara sorok untuk spy suami maka jatuh talak.” atau "Kalau kau keluar rumah jatuh talak satu" atau sebagainya. Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik tersebut maka boleh membawa berlakunya perceraian.

Dan tindakan puan membuka dan memeriksa sosial media suami itu, secara zahirnya tidak lah sama sepertimana taklik yang dilafazkan oleh suami puan yang menyatakan secara khusus meletakkan rakaman atau cctv dengan tujuan untuk mengintip. Maka ia tidak termasuk dalam taklik yang dilafazkan oleh suami puan. Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan untuk merujuk kepada Pejabat Agama Islam terdekat untuk membuat pengesahan lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image